background

Monday, 16 November 2015

DEFINISI CELAKA

       Celaka nih ada dua. Yang pertama bilamana hang ni memang jenis mulut Joyah. Contohnya macam makcik pi beli karipap pastu tak puas hati pasaipa karipap nih isi kentang. lepastu mai la ayat kecam mengecam + sentap menyentap hang nak bagi. *buat sendiri la woi. yang meroyan tak tentu pasal knapa. Diri perfect? 

       Celaka nombor dua pulak, bilamana hang punya style tu memang pesen jaja salah org, jaja buruk orang. Salah hang sendiri plak hang lipat-lipat simpan dalam kain senyap-senyap. phui!! KEJINYA.




Thursday, 29 October 2015

Petua Rambut Gugur


Selamat pagi khamis.. Hye! harinih nak kongsi tips rambut gugur supaya kembali berkilau lebat gituh. hihik! Sebenarnya baru lepas gugel punya gugel cari petua yg paling mudah nak buat. sebabnya, kalau yg susah-2 kompem tak terbuatkan. (sebab aku malas, itu betul! heh)

Dilemma sangat bila ada masalah rambut gugur nih. Bila selak sikit je akan terselah zon kebotakan tu. waaa :'( sadis. Jujurnya aku mmg hadap lah masalah rambut gugur ni. Sampaikan bila sikat memang sebundle lekat dekat sikat dan jatuh atas lantai, siap boleh kumpul-2 buat rambut palsu gituh! haha.

Lepas gigih-2 gugel jumpa la petua-2 mudah gini. Cara paling berkesan katanya amik daun inai depan rumah,(kalo xde boleh mintak jiran) tumbuk atau kisar DAUN INAI hingga lumat, kemudian lumurkan di seluruh rambut sehingga ke akar. Biarkan beberapa minit kemudian bilas bersih. Senang kann. Selain dapat menguatkan rambut, boleh gak mengekalkan warna rambut, dalam kata lain UBAN lah kan. sapa ckp xde uban ta-ya-pa-wau!! (TAPAU) hihik. mesti ada seurat dua walaupun hg muda lagi. 

Boleh juga cuba dengan SANTAN & ASAM JAWA. Caranya, bancuh asam jawa dengan santan dan tapis air tu. Lumur di seluruh rambut sebelum tidur. Balut dan bilas esok pagi. Yang ni aku malas sikit. heheh. pagi-2 yang teramatlah kelam kabut. mana sempat nak cuci rambut. wahahah!

Lagi petua mudah. Cuci rambut dengan AIR KELAPA TUA. Get it? heheh. simple. Amalkan selalu. Petua tambahan. nak hilangkan kelemumur + harumkan rambut. potong je beberapa biji limau nipis ka, limau purut ka lepas tu boleh la mintak abang, kakak, adik, tolong tonyoh atas kepala kita. hamikk ko kalo jenis kuku pontianak asikkk ahh dia garu. hihihi! Limau ni boleh gantikan syampoo, so kalo x syampoo sebulan pun rambut steady harum lah.  

Last tips. Cuci Rambut di malam hari kalau boleh elakkan basahkan rambut di waktu pagi. sebabnya.. pagi-2 kelam kabut rushing gi kerja. tak sempat nak keringkan rambut, terpaksa guna hair dryer! haha. Sebenarnya nak cakap elakkan guna hair dryer lah. kekeke. Bila rambut kita dedahkan pada suhu yang panas sangat-2 gila tak rosak kan? 
Peace!!


Lepas Amalkan petua lumur Inai. keh keh keh. (cantiknya rambut dia)

Saturday, 14 February 2015

DayDreaming

        "Tapi orang tak pandai masak."

        "Tak apa. Boleh belajar. kita belajar sama-sama nanti. Tak cukup buku resepi, kita masuk kelas memasak."

        "Orang tak pandai kemas rumah. Pegang penyapu punn....."

        "Tak apa. Lepas ni kita pegang penyapu sama-sama. Tangan ika di bawah, tangan abang di atas."

        "Orang tak cuci pinggan....." :'(

        "Tak apa. Nanti abang cuci, Ika bilas. Ika cuci, abang bilas. oke?

'Abang' Cullen? muahahaha. :')


*ngeeee.. sudah-sudah. jom makan ketupat. hahahah :") muehehehe. daaa....


Wednesday, 11 February 2015

SESAL

Hai! Feb 2015. I'm Officially turn 24. tuaaa. :( 
Terlalu banyak yang aku sesalkan sepanjang lebih 24 tahun hidup ini. terlalu banyak perkara yang aku sesalkan. :(

Perkara yang aku rasa macam, Ya Allah, what have I done?? Perkara yang bila aku drive sesorang tiba-tiba terlintas kat fikiran. terus terasa darah berderau, hangat seluruh badan. Terlalu ingin kembali ke saat tu dan perbaiki keadaan. Alahaii. 

Tapi Itu duluu lah, sekarang tak. Bukanlah berubah sepenuhnya. Tapi sedikit demi sedikit. Belajar memafkan diri sendiri. Kita manusia. memang tak mampu untuk jadi sempurna.
sudah-sudah lah hidup asyik menoleh kebelakang. 




Kalau diri sendiri pun terlalu berat untuk kita maafkan, bagaimana mungkin kita boleh memaafkan orang lain apatah lagi mengharapkan orang lain memafkan kita? :) NOBODY PERFECT.