Selamat pagi khamis.. Hye! harinih nak kongsi tips rambut gugur supaya kembali berkilau lebat gituh. hihik! Sebenarnya baru lepas gugel punya gugel cari petua yg paling mudah nak buat. sebabnya, kalau yg susah-2 kompem tak terbuatkan. (sebab aku malas, itu betul! heh)
Dilemma sangat bila ada masalah rambut gugur nih. Bila selak sikit je akan terselah zon kebotakan tu. waaa :'( sadis. Jujurnya aku mmg hadap lah masalah rambut gugur ni. Sampaikan bila sikat memang sebundle lekat dekat sikat dan jatuh atas lantai, siap boleh kumpul-2 buat rambut palsu gituh! haha.
Lepas gigih-2 gugel jumpa la petua-2 mudah gini. Cara paling berkesan katanya amik daun inai depan rumah,(kalo xde boleh mintak jiran) tumbuk atau kisar DAUN INAI hingga lumat, kemudian lumurkan di seluruh rambut sehingga ke akar. Biarkan beberapa minit kemudian bilas bersih. Senang kann. Selain dapat menguatkan rambut, boleh gak mengekalkan warna rambut, dalam kata lain UBAN lah kan. sapa ckp xde uban ta-ya-pa-wau!! (TAPAU) hihik. mesti ada seurat dua walaupun hg muda lagi.
Boleh juga cuba dengan SANTAN & ASAM JAWA. Caranya, bancuh asam jawa dengan santan dan tapis air tu. Lumur di seluruh rambut sebelum tidur. Balut dan bilas esok pagi. Yang ni aku malas sikit. heheh. pagi-2 yang teramatlah kelam kabut. mana sempat nak cuci rambut. wahahah!
Lagi petua mudah. Cuci rambut dengan AIR KELAPA TUA. Get it? heheh. simple. Amalkan selalu. Petua tambahan. nak hilangkan kelemumur + harumkan rambut. potong je beberapa biji limau nipis ka, limau purut ka lepas tu boleh la mintak abang, kakak, adik, tolong tonyoh atas kepala kita. hamikk ko kalo jenis kuku pontianak asikkk ahh dia garu. hihihi! Limau ni boleh gantikan syampoo, so kalo x syampoo sebulan pun rambut steady harum lah.
Last tips. Cuci Rambut di malam hari kalau boleh elakkan basahkan rambut di waktu pagi. sebabnya.. pagi-2 kelam kabut rushing gi kerja. tak sempat nak keringkan rambut, terpaksa guna hair dryer! haha. Sebenarnya nak cakap elakkan guna hair dryer lah. kekeke. Bila rambut kita dedahkan pada suhu yang panas sangat-2 gila tak rosak kan?
Peace!!
Lepas Amalkan petua lumur Inai. keh keh keh. (cantiknya rambut dia)

