CERPEN : DOKTOR
HATI, BIUS CINTA.
OLEH : IKA JOHARI
Penang International Airport.
Berkali-kali telefon bimbit Ammara menjerit minta dijawab. Sekali, dua kali,
masih tiada jawapan. Suasana agak sibuk ketika ini ekoran musim perayaan bakal
datang. Kedengaran lagi nada dering 'For A Thousand Years'. Dan buat sekian
kalinya, deringan itu terhenti sendiri.
Ammara tenggelam dalam lamunan
sendiri, tak diduga, bahunya dirempuh sesorang. Beg sendengnya jatuh menyembah
bumi. Tersentak kegeraman menoleh ke arah sang lelaki itu. Buta kayu agaknya.
Tangannya ligat mengutip isi beg sendengnya, tanpa menoleh langkahnya terus
diatur meninggalkan lelaki itu.
“excuse me. Telefon awak.” Terkedu
Ammara mendengar teguran lelaki yang merempuhnya tadi.
“oh!” terkulat-kulat Ammara
memunggah isi beg sendengnya, ya, telefon bimbitnya tercicir. Huluran telefon
bimbitnya dari tangan lelaki itu disambut.
“huuhhh!” keluh Ammara, panggilan
kakaknya yang ingin menjemputnya di Airport dijawab seringkas mungkin. Masih
tiada hati untuk pulang ke kampung. Sesekali dia hilang dalam lamunan. Sesekali
dia mengesat air mata yang menitis sedikit.
“Assalamualaikum, cik. Ok ke? sorry,
terlanggar cik” lagi sekali Ammara tersentak dari lamunannya. Huhhh! Keluhnya
lagi. “ok” jawabnya sepatah. Malas mahu memanjangkan perbualan. Matanya masih
liar mencari kelibat kakaknya.
“Saya Aqil Ar Reza, nak balik ke
mana? Tunggu sesiapa ke?” bertalu-talu soalan ditujukan kepada Ammara. Cantik.
Bisik hati kecil Aqil. Matanya tidak lepas menatap wajah suram gadis itu.
Kelihatannya seperti sedang menahan perasaan. Sesekali kelihatan tangannya
menyeka tubir mata yang bergenang. Namun dicuba juga untuk berlagak biasa.
“Ammara, Nur Ammara. Masih tunggu
kakak datang jemput. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?” Ammara membalas
sebal. Hatinya masih tiada rasa mahu beramah mesra dengan sesiapa. Matanya
tertancap pada sebatang tubuh yang melambai ke arahnya. Dibalas seadanya.
“kakak saya dah sampai.
Assalamualaikum.” lafaznya sebelum berlalu. Tanpa menunggu pamitan dia berlalu
deras. Langkah yang diatur semakin berat. Seberat hatinya kala ini. Setelah dua
tahun tidak menjejakkan kaki ke kampung. Setelah dua tahun dia berusaha
melupakan kisah pahit cinta masa lalunya. Kini dia berpijak pada bumi yang
nyata. Cinta itu tiada paksaan. Meskipun hatinya berdarah. Kisah pedih itu
mesti dilontar jauh!
'oh Tuhan... berikanlah aku
kekuatan..' sepanjang perjalanan Ammara berdoa di dalam hati. Bertalu-talu
wajah-wajah kesayangan, juga wajah insan yang telah memberi kepahitan kepadanya
bermain di minda. Serasa seperti wayang yang sedang dimainkan di hadapannya
kala ini.
'tak pernahkah kau sadari aku lah yang kau sakiti,
engkau pergi dengan janji mu yang telah kau mungkiri'
mp3 di tangan Ammara dicampak ke
luar jendela bilik hostel tingkat tiga itu. Prang! Berderai. Farah rakan
serumahnya memandang dengan pandangan geram. Bengang dengan sikap barannya.
“kenapa kau campak mp3 tu?
“aku benci dia farah.” balasnya
tanpa nada.
“Ara! Kau sedar lah dari
mimpi-mimpi buruk kau tu. Tak ada gunanya kau terus-terusan dengan marah kau.
Kau biar dia hidup bahagia sedangkan kau masih kucar kacir melayan dendam kau
sendiri....”
Tak semena-mena pandangannya berkaca.
Airmata bergenang.
“habis, semua yang berlaku puncanya
aku? Salahnya aku ke farah?”
“Ammara.. Hati, tak boleh dipaksa.
Cinta tak boleh ditukar ganti” Farah cuba memujuk.
“Ya, aku tahu, tapi akad nikah kami
yang tiba-tiba terbatal puncanya siapa? Aku bukan sampah yang boleh dicampak
sesuka hati Farah. Aku ada hati. Aku yang terpaksa berdepan dengan malu.
Sekurang-kurangnya, berterus teranglah sebelum segalanya terancang jauh.
Kejamnya Zarif. ” kata-katanya terhenti di situ. Kerana tiada lagi kata-kata
yang boleh dilakar yang mampu mengubati hatinya yang terluka.
Rindu hatinya pada Farah Assyiken.
Sahabat susah dan senangnya. Peneman setia kala suka dan dukanya dia. Farah sentiasa ada untuknya
sepanjang pengajiannya di kampus. Dialah penasihat, juga pengkritik tatkala
dirinya terleka dengan dendam, juga kesedihan kisah pahit hidupnya.
“mak su!!” bayangan kisah lalunya
terhenti. Tersedar dek laungan anak saudara bongsunya. Nur Zara Qalesya.
Kanak-kanak itu lari memeluk tubuhnya. Ahh.. rindu.. bisik Ammara. Rindu juga
pada kampung, pada halaman, pada rumahnya, dan pada wanita dan lelaki yang
terpenting dalam hidup Ammara. Iaitu ibu dan bapanya.
“Mak.. Abah.. Ara mintak ampun
ya..” sebak rasa hati apabila bertemu empat mata dengan wanita yang
melahirkanya itu. Ternyata bukan dirinya sahaja yang tenggelam dalam kesedihan.
Ibunya juga tidak dapat menahan sebak. Bukan niatnya tidak mahu pulang
menjenguk wajah tua itu dua tahun lamanya, tapi hati yang berkecai terlalu
payah untuk dicantumkan semula.
“sudahlah Ara.. kita ambil yang
jernih, buang yang keruh ya. Mak nak hang lupakan segala kepahitan yang dah hang
lalui selama ni” senyuman senang terukir di wajah tua itu.
Ammara menguntum senyum sendirian.
Senang melihat ketenangan desanya. Seteleh beberepa hari terperap di rumah,
hatinya meronta mahu menghirup udara desa.
“akak jum jalan! Sungai belakang
rumah tok abah..” Ajak Ammara bersungguh.
“rindunya alahai nak main ayaq.
Hehe.” Kali terakhir dia ke sini semasa masih bergelar tunangan zarif. Sebelum
zarif meninggalkannya beberapa jam sebelum akad nikah berlangsung. Ah! Kejam.
Bisik hati kecilnya.
“akak, temankan Ara ke rumah Kak
Aida ya. Katanya klinik kat bandar tu ada jawatan kosong. Ara nak cuba,
hilangkan bosan sebelum dapat tawaran lain.” Ammara teringat perbualan telefon
dengan senior sekolahnya itu semalam. Hummm.. boleh juga hilangkan bosan.
Detiknya.
“bagus juga Ara. Tak dak lah gemuk hang
kat rumah.” Sakat kakaknya Adilla. Tawa mereka pecah di situ.
************
Tepat jam 8.30 pagi, Ammara sudah terpacak di depan Klinik
ARMAN. Hari ini adalah hari pertama Ammara menghadiri temuduga. Hatinya berdebar-debar
juga meskipun jawatan yang dipohonnya hanyalah sebagai pembantu klinik.
“Assalamualaikum.” Sapa Ammara
sopan. Kelihatan seorang wanita agak berusia menoleh, dua gadis muda dan salah
seorang darinya adalah Kak Aida. Senyuman lebar terukir di wajah wanita-wanita
itu. Fuhh.. lega sedikit debaran di hati Ammara sedari tadi. Kedatangannya
disambut baik.
“Nur Ammara. Panggil Ara pun Boleh
kak.” Sapa Ammara sambil bersalaman.
“Oh, Ammara boleh panggil akak, Kak
Ram, ini Aida, dan yang kecil molek tu Milia.” Kak Ram memperkenalkan diri.
“Ara boleh tunggu sat no, doktor belum sampai.”
“Baik Kak Ram.” Jawab Ammara
ringkas. Dia melihat Suasana sekeliling klinik itu. Unik. Terdapat satu lukisan
permandangan suasana pulau di dinding sebelah kirinya. Juga dihiasi dengan
sebuah kolam ikan comel, lengkap dengan air terjun mini. Pandangan depan klinik
pula dihiasi dengan taburan batu-batu kecil di sudut penjuru, bersama
bunga-bunga hidup. ‘Hmmm.. macam bukan kat klinik aja.’ Cantik. Ammara berjalan
perlahan, asyik dia menatap keindahan suasana di dalam klinik tersebut.
Debukk! Fail-fail yang dikiliknya
bertaburan ke lantai. Tersentak Ammara seketika. Tubuhnya seakan mahu melayang
menyembah bumi namun sempat diampu oleh seseorang. Ahh! Malangnya nasib! Wajah
Ammara sudah merona merah.
“cik ok ka?” Ammara mendongak
dengan wajah mencuka. Huhh! Keluhan berat dilepaskan. ‘suka hati hang saja
langgar-langgar orang. Dasar mamat rabun.’ Ammara mengomel sendirian.
“Ammara, saya dengar.” Bisik lelaki
itu. ‘Eh macam mana dia tahu nama aku?’ Ammara menoleh, jenuh juga otaknya
ligat mahu mengingati lelaki itu.
Ammara masih cuba mengingati lelaki
itu sambil mengutip fail-failnya yang bertaburan.
“oh! Awak! Encik Airport! Awak
memang suka langgar orang ka?” tak semena-mena Ammara terjerit kecil. Jari
telunjuknya sepontan terarah di hadapan muka lelaki itu.
“Doktor Aqil? Ada apa ni?” Kak Ram
menyapa cemas. Ammara yang masih mencuka itu tersentak. ‘Doktor? Kat sini? Means
dia yang bakal interview aku. Oh Tuhan.. apalah nasib.’ Hati Ammara bercampur
baur. Berdebar pelbagai rasa.
“saya ok Kak Ram, salah saya
terlanggar cik.. oh.. cik Ammara.” Jawab Aqil sambil berpura-pura menoleh
kearah sijil yang bertaburan di lantai. Selamba tangannya membantu Ammara
mengutip sijilnya di lantai.
“awak sakit kah cik Ammara? Dah
register?” selamba Aqil menyapa.
“Err, doktor, inilah calon temuduga
kita. Masih ada dua orang yang belum sampai.” Jelas Kak Ram.
“oh.. bagus, awak punctual cik
Ammara. Kak Ram, Uruskan kejap. Saya kat dalam.” Aqil berlalu dengan senyuman
yang sukar dimengerti. ‘Ammara.. Ammara.. Cantik. Innocent. Selamba.’ Detik
Aqil sendirian sambil menggelengkan kepala.
“Err assalamualaikum awak, err, doktor.”
Tergagap Ammara bersuara. Salam dijawab seadanya. Suasana dingin di ruangan itu
tak dapat dilawan dengan dinginnya tangannya tika ini. ‘itulah hang Ammara.
Sombong.’ Ammara mengkritik dirinya. Huhh! Kus semangat. Fail berisi
sijil-sijilnya diletakkan perlahan di hadapan lelaki itu. Matanya ligat
memerhati ruangan itu, dengan niat melarikan diri dari bertentang mata. Debar.
Dilihat juga tag nama di atas meja, Aqil Ar Reza Bin Norzaman.
“Duduk cik Ammara. Sila perkenalkan
diri awak secara formal.” Serius Aqil bersuara sambil menahan debarannya.
‘kenapa aku pula yang terlebih debar? Aduhai.’
“Nama saya Nur Ammara Zainuddin.
Berumur 25 tahun. Lulusan UiTM Johor Diploma Sains komputer. Saya anak keempat
dari empat orang adik beradik. Saya mahu mencari pengalaman kerja. Dan saya
harap saya akan diterima untuk bekerja di sini.” Suasana kembali hening.
Renungan Aqil menikam wajah Ammara. Tidak berkelip. Terbuai sendiri melihat
keindahan dihadapannya.
Hilang segala ayat yang awal-awal
lagi disusun Ammara melihat sikap pelik Aqil. Hening. Kadang tertoleh ke kiri,
kadang tertunduk. Argggh! Kenapa dengan mamat rabun ni? Hilang akal?!
Nada dering telefon bimbit Aqil
kedengaran. Menjerit minta dijawab. Tersentak dari lamunan indahnya secara
tidak sengaja Aqil mematikan talian. ‘aduhai Aqil, kenapa begini. Bukan aku
yang ditemuduga.’ Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar ekoran
debarannya semakin menjadi.
“Cik Ammara, awak akan lapor diri
esok pagi. Terima kasih. Saya ada hal yang perlu diselesaikan.” Aqil
terburu-buru mengemas beg sandangnya. Ingin berlalu.
“Doktor Aqil!” Aqil menoleh,
“Err, telefon awak.. err doktor..”
Ammara bersuara keliru. Aku diterima? Dah tamat? Ammara masih mahu menyambung
kata-katanya untuk mengucapkan terima kasih. Namun kata-katanya terhenti di
situ melihat Aqil telah berlalu.
“terima kasih.” Ammara hanya
bersuara sendiri sebelum meninggalkan ruangan itu.
**************
“Ammara, awak tunggu saya sebelum
balik ya.” Pinta Aqil berbaur arahan.
“ok.” Ammara menjawab sepatah. Huh!
Kenapa kena tunggu bagai. Nasiblah Ammara… budak baru belajar...
Ammara masih berteleku di meja
kaunter. Segala suis sudah dimatikan kecuali lampu dan kipas di bahagian
hadapan klinik. Aqil masih di dalam. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya
pintu bilik aqil dikuak.
“Ammara, jum..”
“Ke mana?” soal Ammara keliru.
“hantar awak balik lah… awak tak
nak balik? Kita stay kat sini je malam ni.. nak?” merona merah wajah Ammara.
Aqil tersengeh nakal. Haish.. mamat ni hilang akal ke? Tadi mintak tunggu, sekarang
nak hantar balik. Tak ada faedah!
“Harap saya tak makan gaji buta
kalu saya claim overtime sebab tunggu doktor tanpa buat apa-apa kerja ya? Perli
Ammara.
“siapa cakap awak tak buat apa-apa
kerja? Awak kena temankan saya berbuka malam ni. Awak boleh claim overtime awak
sampai habis kerja awak. Hehe. Dah jum! Kereta awak, tinggalkan saja kat sini,
esok pagi saya jemput.” Bersahaja Aqil memberi arahan. Wajah Ammara mencuka.
Pintu kereta dikuak tanpa riak. Mengambil tempat di sebelah Aqil.
Aduhai.. comelnya kau Nur Ammara….
Memang tak dapat dinafikan lagi, hatinya sudah terpaut dengan gadis comel di
sebelahnya itu. Cinta yang terbit waktu kali pertama dia melihat wajah suram
gadis itu di lapangan terbang tempoh hari. Senyumnya tak pernah lekang apabila
memandang wajah itu.
Selesai menjamu selera, Aqil
menghantar Ammara pulang ke rumah.
“Ini rumah awak Ammara?” Tanya Aqil
seakan-akan tidak percaya.
“Ya, kenapa? Rumah orang kampung
doktor.. ada ‘rumah ayam’, ada pokok sini sana.” Ujar Ammara merendah diri.
“hahaha, bukan itu maksud saya Nur
Ammara, saya pun orang kampung cik adik oii.. By the way, awak cakap awak ada
rumah ayam tu. Kelakar. Hehehe. Ok lah, saya gerak dulu, kirim salam pada mak
dan abah. Assalamualaikum.” Aqil berlalu dengan sambil menguntum senyuman
bahagia.
Nur Ammara…….. saya jatuh cinta…….
************
“Sanggup
hang tinggalkan Ammara, Zarif?”
Tersentak dia sebentar, tiba-tiba saja Zaki meluru ke biliknya.
“kenapa?
Hang tanyalah Ammara. Aku pun tak tahu.” Jawab Zarif selamba.
“Aku bukannya bodoh Zarif, Adilla kakak si Ammara tak
henti-henti call aku. Boleh pulak hang suruh aku tanya Ammara? Tiga hari aku
cari hang bagai nak gila, sekarang baru nampak batang hidung.” Zaki teman
serumahnya bersuara sebal. Sebal dengan sikap tidak endah Zarif. Tidak faham
dengan tidakan Zarif yang sanggup menghilangkan diri di hari pernikahan mereka.
“Aku tak pi
mana-mana Zaki. Ada..” jawab Zarif tanpa nada.
“kenapa
hang hilangkkan diri? Tak fikir mama hang? Keluarga hang? Malu yang depa dapat
tahu! Kenapa tak berterus terang saja pada Ammara sebelum majlis nikah?”
bertalu-talu soalan keluar dari mulut Zaki, sakit hatinya bukan kepalang.
“hang
gila? Mama aku macam mana? Tak ada siapa yang akan setuju dengan tindakan aku.”
“mama hang
kat hospital, dah tiga hari. Lepas kau hilang. Puas?
Zarif
tiba-tiba berlalu tanpa pamitan. Tergesa-gesa meluru ke arah kereta. Di dalam
fikirannya sekarang hanya ada ibunya. Pusing mengenangkan keaadaan ibunya itu.
Pusing juga memikirkan tindakan bodoh yang telah dia lakukan.
“mama..”
Sapa Zarif perlahan. Namun mata ibunya langsung tidak mahu dihala ke arahnya.
Sakit dihati masih terasa. Huluran tangan Zarif juga tiada balasan.
“mama,
Zarif tak ada niat nak belakangkan mama. Tapi Zarif terpaksa buat semua ni.
Zarif tahu, walaupun Zarif terus terang tentang keputusan Zarif, tak ada siapa
pun yang akan setuju. Zarif mintak ampun ma..” lirih suara Zarif menyusun
kata-kata. Perlahan-lahan wajah tua itu menoleh.
“mama
malu. Hang tak fikir apa akibatnya Zarif? Pendek sangat ka akal hang? Mama tak
pernah ajar anak mama macam ni. Mama tak mau tahu kenapa hang sanggup buat
macam ni, tapi mama nak hang pi mintak maaf pada keluarga Ammara.” Fatimah
bersuara sebak.
“Ya ma..
Zarif janji Zarif akan minta maaf atas segalanya ma.”
Masih
tidak luput pesanan ibunya 2 tahun lalu. Tersemat teguh di hatinya. Zarif hidup
dalam kesal. Setelah meninggalkan Ammara dia meneruskan hubungan dengan Nadia.
Zarif mengenali Nadia setelah setahun bertunang dengan Ammara. Nadia seorang
yang open minded, tiada batasan dalam pergaulan. Ammara pula, seorang gadis
yang amat menjaga tertib juga maruah diri. Bezanya bagai langit dan bumi.
Alangkah ruginya Zarif melepaskan gadis sebaik Ammara.
Curangnya dirinya saat itu, tanpa belas telah mengkhianati
hati insan yang tak pernah bersalah kepadanya. Dan saat ini, dirinya juga
dicurangi. Kecurangan Nadia terbukti dengan mata dan kepalanya sendiri semasa
Zarif ke rumah Nadia. Terkejut bukan kepalang melihat kemesraan Nadia bersama
teman baikknya sendiri di atas katil. Hancur hatinya.





.jpg)
.jpg)
.png)


.png)


.png)







.jpg)
.jpg)








