background

Tuesday, 28 May 2013

bambam cute hapa?


gemorning... mood down gila. tau pasai apa? titew GEMUK BAMBAM. tetap bambam even memang kurang makan tahu! plus ada orang duk gatal mulut cakap haku gemuk. gemuk kurus boley adjust hokey! 

so....down....down....down.... sob.. sob.. 

*this entry specially untuk hamba Allah yang suka bebel + gatal mulut cakap orang lain gemuk, bambam, debab, lebey kilo, dan sewaktu dengannya. mohon terasa. 
k bai. 

Monday, 27 May 2013

entry khas buat kakak


hari ni aku hupdate blog kat opis. since work volume agak suam-suam kuku kan. semalam punya volume punyalah high like hell! biggest stress. rasa macam nak tembak kepala semorang. ehehehe. ok itu over.

hurm... macam biasa, tengok tittle. entry ni khas buat the only one CIK KAKAK yang aku ada dalam dunia yang penuh pancaroba ini. haha. malam ahad lepas dia gi training dekat PULAPOL Segamat Johorian! Kedah - Johor.. hujung nogori lah senang ceta..  Aku tau hang serabut kakak.. tapi tetap kena pi kan? 

kakak..
malam tue, seriously aku pun sedey. haha. aku taw aku nampak tak cool time emo macam ni. tapi memang aku sedeh kot! masa hang bersalam2 & buat drama sebabak plus nangeh nangeh. air mata aku nak menitis baq ang! tapi aku tahan sebab aku taw aku tak macho kalau nangeh. tapi yang hang tak taw air mata aku tetap menitis barang setitis dua time drive balik kampung. wahaha!

kakak..
for as long as you there. sapa nak jadi doktor cinta tak bertauliah plus doktor paling anggun di alam semesta ni untuk hang?? seriously aku risau. keh keh keh. hang taw kan kakak, apa apa jadi dalam hidup aku, aku akan cari hang. sob sob. sapa nak borak dengan aku sambil tengok movie tengah tengah malam, then end up hang tinggai aku sorang sorang layan movie, pasai hang dah sedap dok layan mimpi. sapa kakak? sapa? sob sob sob *lap hingus*. sapa nak dengaq cerita aku since aku susah nak cerita problem aku kat orang lain? sapa nak teman aku berwindow shopping sampai lebam? nak harapkan Mr. N? memang tak lah.. hehehe.. sapa nak kacau aku bila bosan hah? yang paling penting, sapa nak derma life kat aku time aku dok gila main candy crush? ekeke.. 

kakak..
even hang jauh jauh ni, tak dak lah lama beno.. training kejap ja kot! tapi aku still terasa taw, sebab tak boleh contact hang macam selalu selalu tuh. johorian tuh tak dak lah jauh mana.. tapi aku still rasa hang jauh weyh.. yalah, dah la tak boley contact, pastu takkan aku nak kerabat bas pi dekat hang kot. sangat tak cool! hahahaa  

hopefully hang jaga diri baik baik ok. jaga rambut kacak tuh elok elok. jangan lupa solat. jangan rindu aku sangat. wahaha. nak sekeh laju laju dak? aku tetap nak buat pesanan penaja nih untuk hang even aku taw, lagi dua bulan baru hang buleh ngadap entry aku nih. thanx for being da best sister of mine. insyaallah nanti aku jemput hang ok! sayang u ketat-ketat lah kakak! papai. 


Lot Of Love

Sunday, 26 May 2013

berjimba with my little girl


hye ols... lately i bz bangattt. tdoq pun x cukup.hehe, buat terukkk.. dah jadi sedara panda dah taw. tapi sempat jugak update blog! haha. lagu mana tuh? bz la sangat kan. bestnya kalau time2 otak tepu plus berserabut neh dapat berjimba aka meronggeng kan? sabtu kelmarin aku cuti. malam sabtu tuh sempat berjimba sat dengan my little girl. cacha. cair sikit sel2 otak bila ada dengan budak kecik nih ha. ^_^  


pantang nampak mainan yang kena letak token then dia akan gerak2 sambil nyanyi2 tuh. mulalah kalut. tak mo balik... tak mo balik...

celah celah tu sempat lagi dapat boyfriend baru ea cacha... kacak tuh! 


boypren baru cacha 
*kan da cakap,kacak kan?*

hehehe! nak upload manyak2 lagi muka budak nih nanti..


lot of love.. nur zara qalesya.. bye ols....!

Thursday, 23 May 2013

otak tepu

assalamualaikum... :)

mood gatal nk menghapdet kian datang. come to mama bebeyh! hari2 bz. sabtu pon kono bangun pagi2. dah sampai kem! fenaattt..... stress.. hati pulak rinduan bagai.. makanya sah meroyan gatal makin parah. hahaha. so, what's my point here? 

ok.. see the tittle,heheh, OTAK TEPU! aku teringin nak hapdet tentang rindu.. tentang kehidupan .. tentang kemaafan.. time hati dok berlagu shahdu neh. kompem jiwangsss lah kan.... almost 2 weeks. tak bertegur sapa sama mr. N.. rindu. jauh dilubuk hati. dia lah yang terlimited edition. ego hokey! ego.. tapi bila dah berdamai neh masih lagi rindu. apa cer? yang aku taw. hanya Allah jadi pengantara antara dua hati yang sedang merinduaku jugak taw setiap dugaan ada hikmahnya, so aku percaya pada jalan yang telah Allah tetapkan. mungkin bukan hari ni, mungkin bukan esok atau lusa. pasti lambat laun akan ada hikmahnya insyaallah. :))

nih aku rompak dekat blog zackzukhairi.. 


kita manusia biasa. kadang-kadang terlepas kata. kadang-kadang tersilap bicara. segala kata yang terluah, yang terlepas, yang jahil, yang kerdil, yang lemah, yang lalai mohon dimaafkan. bak kata orang-orang berbahasa bagai.. kemaafan itu dendam yang terindah (especially to Mr. N.. Im soorry kalau selama ni perangai kita macam budak kindergarden.. hihihi.) 

kadang kadang kita perlu melihat kehidupan orang lain untuk kita menghargai hidup ini. betoi dak? kita tengok orang tu kaya, buleh belanja itu ini. dalam hati, why not me! kaya macam tu? ihihi.. betoi dak, betoi dak? tapi bila kita tengok orang yang lagi susah, lagi besaq masalah yang dia tanggung. lagi berat dugaan yang Allah bagi pada dia. masa tu lah kita akan rasa nak menghargai kehidupan kita. masa tu jugak kita akan rasa nak menghargai orang di sekeliling kita. masa tu, kita akan rasa, orang yang selalu sakitkan hati kita tu lah yang terbaik untuk kita..... kan kan kan? haha.. itu kehidupan ok.. 

sila baca kisah ini :-

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Saturday, 11 May 2013

BUKA MINDA

Apa PR  dah buat untuk rakyat??

1) PR berjaya buat BN berjanji macam2 untuk rakyat sebab BN takut kalah.
2) PR dedahkan salah laku pemberian projek kepada kroni  & kakitangan hasil sumber negara ratusan billion di bawah BN.
3) Kewangan negeri bawah PR lebih baik berbanding negeri bawah BN menurut audit negara.
4) PR buka minda rakyat - Kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat berhak bersuara ikut prinsip demokrasi.
5) BN tutup minda rakyat - rakyat kerja untuk kerajaan. Rakyat kena balas budi. suruh rakyat bersyukur dengan diorang! (errr?, blur sebentar. -_-')

Belajarlah BUKA MINDA.. Baru jadi rasional dan berfikiran waras. 

SOALAN TAK MASUK AKAL:
" kau lahir kat hospital KERAJAAN. pergi sekolah KERAJAAN. masuk universiti minta biasiswa / pinjaman   KERAJAAN. kerja makan gaji dengan KERAJAAN. TAPI kau KUTUK KERAJAAN. tak malu ka?? "


JAWAPAN:
Kerajaan dipilih oleh RAKYAT. orang dalam kerajaan semuanya makan gaji menggunakan duit RAKYAT. bermula dari pekerja rendah awam hingga ke perdana menteri. semuanya makan gaji dan bekerja untuk RAKYAT.

sekiranya mereka RASUAH, MENYELEWENG, MAKAN GAJI BUTA dan sebagainya, RAKYAT berhak marah mereka. malah RAKYAT berhak humban mereka dan pilih kerajaan baru.

tidak ada istilah lawan kerajaan atau menentang kerajaan. yang ada hanya menentang mereka yang TIDAK BETUL & TIDAK AMANAH  dalam kerajaan. sesiapapun atau parti mana pun yang naik. itulah kerajaan.

sepatutnya kita perlu merasa malu kerana menjadi bisu dan tidak berani menegur KEMUNGKARAN yang berlaku. BUKA MINDA. 5 YEARS TO GO..INSYAALLAH..