background

Monday, 15 July 2013

ALLAH LEBIH TAHU


bayangkan....
kita ada anak kecil. berumur 3 tahun. satu hari, kita tengah memasak di dapur. si anak ternampak pisau. merengek-rengek dia menangis. mahukan pisau dijadikan mainan. agak-agak kita bagi? tentu lah tidak kan? adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak? kerana sayanglah kita kita enggan berikan pisau itu.walaupun di mata anak pisau itu 'menyeronokkan' tapi kita lebih tahu. ia berbahaya untuk anak kita. 
kita lebih tahu.

begitu juga. kita dengan Allah. kita 'merengek' dan 'merungut' nak kan sesuatu. tetapi Allah tak izinkan. adakah Allah tidak sayangkan kita? kerana sayanglah kemahuan kita tidak diturutkan. malah diganti dengan yang lebih baik. kerana apa yang kita mahukan itu mungkin kelihatan baik pada pandangan kita. tapi sebaliknya pada pengetahuan Allah. 
Allah lebih tahu.

Allah lebih tahu. kenapa aku begini. kenapa aku begitu. insyaallah ada jalan, insyaallah ada pengakhiran yang baik. Insyaallah....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.