alahai.. kenapa lah hati terasa mahu menangis? sedaya upaya mahu sembunyikan rasa hati.. dan buat sekian kalinya, diri ini masih gagal.
ada saat, terasa mahu kosongkan hati. kosongkan jiwa. biar lompong tanpa penghuni. tapi ada saatnya, hati meronta kerana merindu. rasa cinta menyerang. sakit rindu mendatang.
aduhai sang penghuni jiwa, hatiku merintih, pedih. pedih kerana kasih masih belum beralih.
doakan aku, agar mampu berdiri. doakan aku, usah merintih sendiri.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.