background

Thursday, 23 May 2013

otak tepu

assalamualaikum... :)

mood gatal nk menghapdet kian datang. come to mama bebeyh! hari2 bz. sabtu pon kono bangun pagi2. dah sampai kem! fenaattt..... stress.. hati pulak rinduan bagai.. makanya sah meroyan gatal makin parah. hahaha. so, what's my point here? 

ok.. see the tittle,heheh, OTAK TEPU! aku teringin nak hapdet tentang rindu.. tentang kehidupan .. tentang kemaafan.. time hati dok berlagu shahdu neh. kompem jiwangsss lah kan.... almost 2 weeks. tak bertegur sapa sama mr. N.. rindu. jauh dilubuk hati. dia lah yang terlimited edition. ego hokey! ego.. tapi bila dah berdamai neh masih lagi rindu. apa cer? yang aku taw. hanya Allah jadi pengantara antara dua hati yang sedang merinduaku jugak taw setiap dugaan ada hikmahnya, so aku percaya pada jalan yang telah Allah tetapkan. mungkin bukan hari ni, mungkin bukan esok atau lusa. pasti lambat laun akan ada hikmahnya insyaallah. :))

nih aku rompak dekat blog zackzukhairi.. 


kita manusia biasa. kadang-kadang terlepas kata. kadang-kadang tersilap bicara. segala kata yang terluah, yang terlepas, yang jahil, yang kerdil, yang lemah, yang lalai mohon dimaafkan. bak kata orang-orang berbahasa bagai.. kemaafan itu dendam yang terindah (especially to Mr. N.. Im soorry kalau selama ni perangai kita macam budak kindergarden.. hihihi.) 

kadang kadang kita perlu melihat kehidupan orang lain untuk kita menghargai hidup ini. betoi dak? kita tengok orang tu kaya, buleh belanja itu ini. dalam hati, why not me! kaya macam tu? ihihi.. betoi dak, betoi dak? tapi bila kita tengok orang yang lagi susah, lagi besaq masalah yang dia tanggung. lagi berat dugaan yang Allah bagi pada dia. masa tu lah kita akan rasa nak menghargai kehidupan kita. masa tu jugak kita akan rasa nak menghargai orang di sekeliling kita. masa tu, kita akan rasa, orang yang selalu sakitkan hati kita tu lah yang terbaik untuk kita..... kan kan kan? haha.. itu kehidupan ok.. 

sila baca kisah ini :-

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.