background

Saturday, 11 May 2013

BUKA MINDA

Apa PR  dah buat untuk rakyat??

1) PR berjaya buat BN berjanji macam2 untuk rakyat sebab BN takut kalah.
2) PR dedahkan salah laku pemberian projek kepada kroni  & kakitangan hasil sumber negara ratusan billion di bawah BN.
3) Kewangan negeri bawah PR lebih baik berbanding negeri bawah BN menurut audit negara.
4) PR buka minda rakyat - Kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat berhak bersuara ikut prinsip demokrasi.
5) BN tutup minda rakyat - rakyat kerja untuk kerajaan. Rakyat kena balas budi. suruh rakyat bersyukur dengan diorang! (errr?, blur sebentar. -_-')

Belajarlah BUKA MINDA.. Baru jadi rasional dan berfikiran waras. 

SOALAN TAK MASUK AKAL:
" kau lahir kat hospital KERAJAAN. pergi sekolah KERAJAAN. masuk universiti minta biasiswa / pinjaman   KERAJAAN. kerja makan gaji dengan KERAJAAN. TAPI kau KUTUK KERAJAAN. tak malu ka?? "


JAWAPAN:
Kerajaan dipilih oleh RAKYAT. orang dalam kerajaan semuanya makan gaji menggunakan duit RAKYAT. bermula dari pekerja rendah awam hingga ke perdana menteri. semuanya makan gaji dan bekerja untuk RAKYAT.

sekiranya mereka RASUAH, MENYELEWENG, MAKAN GAJI BUTA dan sebagainya, RAKYAT berhak marah mereka. malah RAKYAT berhak humban mereka dan pilih kerajaan baru.

tidak ada istilah lawan kerajaan atau menentang kerajaan. yang ada hanya menentang mereka yang TIDAK BETUL & TIDAK AMANAH  dalam kerajaan. sesiapapun atau parti mana pun yang naik. itulah kerajaan.

sepatutnya kita perlu merasa malu kerana menjadi bisu dan tidak berani menegur KEMUNGKARAN yang berlaku. BUKA MINDA. 5 YEARS TO GO..INSYAALLAH..



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.